Wetland School Of Setiu
Halaman Utama ⤍ Wetland School of Setiu
Wetland School of Setiu
Sekolah Alam Dan Budaya Tanah Setiu
Di dunia konkrit, mabuk gajet dan mimpi media maya, kami mengimpikan sebuah daerah, dimana kita dan anak anak kita boleh kembali bergembira, meneroka, berhubung dan belajar dengan alam semulajadi.”
“Bergelumang lumpur dan bermandi selut. Basah kuyup menjala ikan , menjerat ketam di sungai atau berlari keliling kampung mengejar ayam dan kambing.
“Sekolah tanpa batas, Kelas tanpa dinding, Paya bakau itulah kelasnya, Alam itulah gurunya”
Mengetengahkan Konsep Nature School, atau sekolah alam, Wetland School of Setiu mengerakkan program program pendidikan alam sekitar dan budaya komuniti tempatan di Setiu, Terengganu. Modul pembelajaran dirangka secara spesifik mengikut peringkat umur dari kanak-kanak, belia, dewasa, pelajar sekolah rendah, menengah, universiti sehinggalah masyarakat alam.
Mengabungkan ilmu saintifik dan kearifan tradisional, wetland school of Setiu digerakkan sendiri oleh Cikgu Cikgu Alam dari kalangan belia IPT dan masyarakat tempatan yang mewarisi khazanah alam dan budaya tanah bencah Setiu!