Tentang Pertandingan


Pertandingan Mencipta Poster Infografik Saintifik Tentang Tanah Bencah di Malaysia 2025 bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan ekosistem tanah bencah di Malaysia. Program ini menggalakkan pemahaman tentang keunikan, kepelbagaian biologi, dan peranan tanah bencah dalam menjaga keseimbangan ekosistem. Poster yang dihasilkan akan menjadi medium visual yang menarik dan informatif untuk mendorong usaha pemeliharaan tanah bencah.
Tiada sebarang yuran di kenakan. Semua penyertaan adalah PERCUMA.
Objektif Utama Pertandingan



Syarat Pertandingan
Pertandingan dibuka kepada kategori berikut:
Murid sekolah rendah Tahap 2: 10 tahun – 12 tahun
Murid sekolah menengah rendah: 13 – 15 tahun
Setiap peserta hanya dibenarkan menghantar satu penyertaan sahaja.
Poster infografik hendaklah berkaitan dengan tema “Tanah Bencah di Malaysia“.
Poster hendaklah menggunakan elemen-elemen visual yang jelas, kreatif dan mudah difahami.
Saiz poster hendaklah dalam format A4 dan dihantar dalam bentuk digital JPEG dan PNG sahaja dengan saiz maksimum 5 MB.
Poster mesti disertakan dengan penerangan ringkas (maksimum 150 kata) tentang mesej yang ingin disampaikan.
Penyertaan hendaklah dihantar sebelum tarikh tutup yang ditetapkan.
Peserta perlu menggunakan perisian Canva sahaja untuk merekacipta poster tersebut.
Pendaftaran program adalah di pautan: https://forms.gle/s6T8u1kLYF3zCWsKA
- Tiada sebarang yuran di kenakan. Semua penyertaan adalah PERCUMA.
Panduan Pertandingan dan Pemarkahan
- Setiap penghantaran projek akan dinilai berdasarkan rubrik pemarkahan berikut:
- Kreativiti (40%): Keunikan dan penggunaan seni kreatif dalam reka bentuk poster.
- Impak sosial (40%): Kemudahan dalam memahami mesej yang disampaikan melalui elemen visual dan teks.
- Ketepatan Informasi (20%): Ketepatan maklumat saintifik dan mesej yang berkaitan dengan tanah bencah.
Hadiah
Hadiah menarik akan diberikan kepada pemenang tempat pertama, kedua, dan ketiga untuk setiap kategori. Hadiah-hadiah tersebut adalah seperti berikut:
Kategori Sekolah Rendah
Tempat Pertama: Wang tunai RM400 dan sijil penghargaan.
Tempat Kedua: Wang tunai RM200 dan sijil penghargaan.
Tempat Ketiga: Wang tunai RM100 dan sijil penghargaan.
Kategori Sekolah Menengah
Tempat Pertama: Wang tunai RM400 dan sijil pencapaian.
Tempat Kedua: Wang tunai RM200 dan sijil pencapaian.
Tempat Ketiga: Wang tunai RM100 dan sijil pencapaian.
Semua peserta yang menghantar projek akan mendapat sijil penghargaan sebagai peserta.
Penganjur
Dianjurkan oleh




Disokong oleh

